Program Nadipreneur & Empowerher: Pemasaran & Operasi Perniagaan Sesi Mei 2026

26 Mei 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Mei 2026, Isnin – Program NADIPRENEUR & EMPOWERHER telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seorang peserta wanita dari komuniti tempatan di NADI Bengoh.

Program ini memberi tumpuan kepada peningkatan ilmu keusahawanan melalui dua sesi utama yang dijalankan secara dalam talian melalui Google Meet, dengan bimbingan tenaga pengajar berpengalaman.

Sesi pertama, Pemasaran yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi telah disampaikan oleh tenaga pengajar, Rozita Halina. Sesi ini memberi pendedahan kepada strategi pemasaran asas serta pendekatan berkesan dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan secara dalam talian.

Seterusnya, sesi Operasi Perniagaan diadakan dari jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan dikendalikan oleh Saiful Ashraf bin Saifulbahrim. Sesi ini memberi penekanan kepada pengurusan operasi perniagaan yang lebih sistematik dan efisien bagi memastikan kelangsungan dan perkembangan perniagaan peserta.

Program ini turut dikendalikan oleh SSO Usahawan sebagai hos sesi. Penyertaan program adalah melalui pautan Google Meet rasmi berikut: Sesi NADIPRENEUR & EMPOWERHER, dan peserta diminta untuk menyertai sesi mengikut negeri masing-masing bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program.

Inisiatif ini diharap dapat terus memperkasa wanita dalam bidang keusahawanan serta meningkatkan kemahiran digital dan pengurusan perniagaan dalam kalangan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali